Tuesday, July 22, 2014

Kenangan sewaktu bersama dalam skuad Liga Perdana PERAK tahun 1999.

Sunday, May 18, 2014

Pengalaman hidup

Salam,

Pada 31 ogos 2013, iaitu tarikh berakhirnya saya bekerja di syarikat kewangan nombor 1 dalam malaysia (MAYBANK).
Kebahagian terukir dalam hidup setelah saya tinggalkan bank.kenikmatan terasa dan ketenangan dalam hidup.Terasa amat luasnya bumi Allah.
Kesengsaraan ketika bekerja di bank iaitu ditindas, diaipkan tiada keikhlasan dan banyak lagi.Yang lebih memburukan keadaan jika bangsa sendiri yang buat.kekecewaan yang teramat sangat.Apa yang kita buat semuanya salah di mata para hipokrik.Saya di malukan dengan markah penilaian tahun yang teruk, menjadi perhatian pegawai dan banyak lagi.Saya rasakan dah tak bermakna lagi untuk berkhidmat untuk bank.Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berundur dari pusat riba itu.
Sekarang saya mempunya syarikat sendiri walaupun terpaksa bekerja makan gaji dengan abang.Namun hidupnsaya bahagia, dapat menghantar anak ke sekolah dengan tenang dan banyak lagi.
Nasihat saya pada adik-adik di luar sana supaya janganlah adik memohon bekerja mana -mana syarikat kewangan terutamanya MAYBANK kerana hidup adik akan jadi keluh kesah, bebanan hutang dan banyak lagi.
Itulah pengalaman hidup saya sewaktu bekerja dengan nombor 1 bank di Malaysia iaitu MAYBANK.

Sekian, terima kasih.

Ringo77

Friday, August 12, 2011

Idola Golf














Golf Section

Hobi baru saya adalah bermain golf.Tapi register club belum lagi.Saya dah merasa bermain di Medan Indonesia dan Black Forest Di hydnyai Thailand.Pada mulanya saya tak berapa minat.Tapi bila dah menceburinya wahhh best juga.Nanti nak try kat tempat lain pula.Mungkin di Vietnam.Yang nyata bermain di luar negara memang best.Ianya satu pengalaman baru bagi diri saya...

Friday, March 19, 2010

Biodata







Saya Hishamuddin Bin Mat Amin.Berasal dari Ipoh Perak.Lahir pada 01 mei 1977.Saya di besarkan di Ipoh Garden.Pada tahun 1984 saya bersekolah rendah di Sek.Ren.Keb. Cator Avenue sehingga pada tahun 1989.
Sekolah Menengah,Saya bersekolah di Sek.Men. Ahmad Boestamam Sitiawan Perak.Tingkatan 2,saya bertukar ke Sek.Men.Raja Shahriman Beruas Perak sehinggalah ke tingkatan 5.
Saya sangat aktif dalam bidang sukan Bola Sepak.Ditingkatan 3,Saya sudah mula mewakili pasukan Bola Sepak Perak.Di antara kejohanan yang saya sertai ialah Piala coke 1992,Piala Rahman 1993-1994 dan Piala Razak 1994.Selepas sahaja saya menamatkan persekolahan saya,Saya terus mewakili Pasukan Liga Simpanan Perak dari Tahun 1995 hingga 1998.Pada tahun 1999,Saya terus di serapkan ke skuad senior Perak di bawah jurulatih Wegang.
Saya mula bekerja pada 1995 di Majlis Bandaraya Ipoh.Selepas itu saya di tawarkan bekerja di sebuah Syarikat Kewangan(Maybank).Beberapa bulan sahaja saya bekerja di Maybank,Saya terus bermain untuk Pasukan Bola Sepak Maybank Kebangsaan.
Pada tangga 14 dis 1997 saya mendapat pasangan hidup iaitu Ziratna Azian.Kami dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Muhammad Al-Hafiz,Nurhafizah,Muhammad Al-Fadhil dan Nur Farah Fadhilah.Sekarang kami menetap di Taman Keledang Emas Ipoh Perak.

Sekian

Terima Kasih

Theruna77

Kereta Idaman

Kereta Idaman

Moto Idaman

Moto Idaman